TEKS UCAPAN
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA PELANCARAN e-QALAM & PORTAL PEMASARAN
17 RAMADHAN 1430H / 7 SEPTEMBER 2009
|
| |
Bismillahirahmanirahim .
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. |
| |
1. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama di majlis pelancaran e-Qalam, pen digital Al-Quran hasil usaha sama syarikat bumiputera, Iqra' Pintar Sdn Bhd dengan Dawama Sdn Bhd. |
| |
2.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Iqra' Pintar dan Dawama kerana telah berjaya menghasilkan sebuah produk yang bakal memberi manfaat kepada para umat Islam yang ingin memperbaiki bacaan, mendalami dan memahami kandungan Al-Quran. |
|
3.Di dalam persekitaran ekonomi global yang masih dalam proses pemulihan ini, seharusnya tidak menjadi penghalang daya kreativiti dan inovasi kita dalam menghasilkan sesuatu yang bukan berasaskan keuntungan semata-mata, tetapi juga dapat membantu masyarakat dalam memahami ajaran agama seterusnya membentuk mereka agar berjati diri dan mampu berdaya saing. |
|
Hadi rin dan hadirat sekalian, |
|
4. Saya bersetuju untuk menerima undangan bagi melancarkan e-Qalam ini kerana ianya mempunyai kaitan dengan tarikh yang cukup bersejarah dalam kalender Islam pada hari ini iaitu peristiwa Nuzul Quran yang berlaku pada bulan Ramadhan al Mubarak iaitu bulan yang penuh barakah ini. |
|
Allah Taala telah berfirman dalam Surah Sad , ayat 29 yang bermaksud:
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”. |
|
5. Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan untuk memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredhaiNya. Melalui pemahaman yang betul, Al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara. |
|
6. Dalam usaha kerajaan membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan Satu Malaysia, pemahaman yang jelas mengenai inti pati Al-Quran amatlah penting. Dengan pemahaman yang betul inilah dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif golongan barat terhadap Islam. |
|
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, |
|
7.Saya yakin dan percaya, kelahiran e-Qalam ini bukan untuk menggantikan sistem pembelajaran dan pemahaman Al-Quran sedia ada. Jauh sekali menggantikan tempat para ustaz dalam pengajarannya. Tetapi saya melihat, e-Qalam ini dapat membantu dan menggalakkan orang ramai membaca dan memahami apa yang dibacanya menerusi terjemahan yang disediakan, seterusnya menjadi pelengkap terhadap sistem pengajaran Al-Quran itu sendiri. |
|
8.Dengan kata lain, e-Qalam merupakan satu inovasi baru dalam teknologi pendidikan dan ianya mempunyai potensi untuk dikembangkan penggunaannya ke bahan bacaan lain. |
|
| 9.Apa yang menarik perhatian saya, keupayaan Syarikat Iqra' Pintar dan Dawama mengeluarkan produk ini dalam empat pilihan bahasa terjemahan iaitu, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Bahasa Mandrin menunjukkan bahawa ianya berpotensi untuk diketengahkan sebagai sebuah produk yang bersifat global dan mampu untuk diteroka pasarannya ke peringkat antarabangsa dengan lebih meluas. |
|
10.Kita semua sedia maklum, umat Islam sekarang ini dalam keadaan bersaing dan berusaha semaksimumnya untuk mendalami dan menghayati ajaran dan perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Mereka sentiasa mencari bahan-bahan rujukan yang dapat membimbing mereka. |
|
11. Dalam hal ini, saya mengharapkan agar produk e-Qalam sebagai satu alternatif dan mampu menjadi rujukan kepada mereka dalam usaha mendalami pengajian Al-Quran, menyelidiki dan memahami inti patinya dengan setuntas yang boleh. Insya-Allah. |
|
12.Usaha sebegini seharusnya diberi sokongan dan kita mengharapkan agar ianya berupaya menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat tempatan lain khususnya syarikat bumiputera dalam bersaing secara sihat di arena antarabangsa melalui model baru pembangunan ekonomi dan berasaskan semangat Satu Malaysia yang mengutamakan pencapaian. |
|
13.Saya dimaklumkan bahawa e-Qalam ini telah dijual di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Negara Brunei Darussalam, China, Taiwan dan United Kingdom. Saya turut difahamkan bahawa terdapat beberapa syarikat korporat yang telah sudi menyumbang dengan membeli sejumlah set e-Qalam ini. Saya berkeyakinan bahawa produk tempatan yang dihasilkan ini setanding mutu dan kualitinya dengan produk antarabangsa lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga dengan pencapaian ini. |
|
Para hadirin sekalian, |
|
14. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada syarikat Iqra' Pintar dan Dawama atas usaha gigih dan kreativiti mereka menghasilkan sebuah produk yang berinovasi tinggi ini yang bakal memberi manfaat yang besar kepada ummat sejagat. |
|
15. Semua golongan masyarakat perlu didedahkan supaya dapat memahami aspirasi budaya inovasi untuk memacu perubahan dan pembangunan budaya ilmu. Saya juga berharap semua pihak dapat tampil bersama-sama untuk memberi sokongan padu terhadap produk tempatan ini. |
|
16. Akhir kalam, sempena Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya agar memanfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik mungkin dengan melakukan amal ibadah seperti yang dituntut di samping menyuburkan silaturahim, memugar perpaduan, memperbaiki kelemahan diri dan sebagainya. |
|
17. berlandaskan doa dan harapan itu, dengan lafaz ‘Bismillahi Rahmanirrahim' saya dengan sukacitanya melancarkan e-Qalam dan portal pemasarannya melalui laman web. Semoga usa kita ini mendapat ganjaran berganda dan Rahmat daripada Allah SWT, Insya-Allah . |
|
18.berlandaskan doa dan harapan itu, dengan lafaz ‘Bismillahi Rahmanirrahim' saya dengan sukacitanya melancarkan e-Qalam dan portal pemasarannya melalui laman web. Semoga usa kita ini mendapat ganjaran berganda dan Rahmat daripada Allah SWT, Insya-Allah . |
| |
| |